Monday, 1 December 2014

Tujuh Garis Panduan Pakaian Muslimah Di Hadapan Bukan Mahram

Peliharalah Aurat....



Pertama- Pakaian yang menutupi keseluruhan tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan.
 Ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang telah disebutkan.

Kedua- Pakaian tersebut bukanlah perhiasan yang melampau, atau bertabarruj sehingga menarik perhatian.Bertabarruj boleh difahami secara umum sebagai memperlihatkan kecantikan wanita sama ada di bahagian muka atau lain-lain perhiasan pada pakaian dan bahagian tubuh badan. Ini termasuk solekan yang tebal selain bedak, celak dan inai yang biasa dipakai oleh wanita.

Ketiga- Pakaian tersebut tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau membayangkan anggota tubuh.

Keempat- Pakaian tersebut hendaklah longgar, tidak ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah yang mengundang syahwat.Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya, (salah satunya ialah) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R Muslim)
Kelima- Tidak memakai wangian yang harumnya boleh dihidu oleh lelaki ajnabi.
Nabi s.a.w telah mengingatkan kaum wanita dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Mana-mana wanita yang berwangi-wangian dan kemudiannya lalu di kalangan khalayak lelaki yang menghidu harumannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang tertarik lalu memandangnya adalah mata yang berzina.” (H.R Abu Daud, At-Tirmizi: Hasan Sahih)

Keenam- Tidak menyerupai pakaian lelaki
Allah S.W.T melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875).

Ketujuh- Tidak dipakai untuk tujuan kemasyhuran, glamor atau menunjuk-nunjuk.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang sepertinya, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (H.R Abu Daud: 4029)
Pakaian kemasyhuran tidak hanya tertumpu kepada pakaian yang cantik bergemerlapan sahaja, tetapi juga pakaian yang sengaja diburuk-burukkan dengan tujuan supaya orang ramai mengatakannya seorang yang zuhud.

No comments:

Post a Comment