Monday, 1 December 2014

Selidik Hati Kita


Apabila rasa marah membara-bara,
tanyalah hati...'marah kepada siapa?'
Marah kepada manusia empunya angkara,
atau pada Pencipta yang mengizinkannya?

Katakanlah pada diri,
siapalah kita untuk marah-marah macam orang lupa diri?
bukankah kita hanya makhluk Allah
yang sentiasa layak diuji?
Bersabarlah sementara menunggu
rasa marah itu kendur sendiri.

Apabila hati berbunga-bunga,
tanyalah hati .. 'seronok apa?'
Ingatkan diri sendiri dan jangan terlupa,
segala berita gembira yang diterima,
yang buat kita berjaya dan ceria,
adalah kerana Dia,
Pencipta kita yang punya kuasa.

Selalu selidik hati kita, sahabat.
Bimbang andai hilang haluan,
apabila sedih mencari Tuhan,
apabila gembira lupa daratan.

Ingatlah Allah sentiasa,
tanpa Dia siapalah kita.



No comments:

Post a Comment