Monday, 1 December 2014

Jangan takut untuk berubah..

Jangan takut..

Jangan takut untuk berubah menjadi lebih baik,
Jangan takut ditertawakan kerana syurga menanti.

Jangan takut untuk berhijrah ke tempat yang asing,
jangan takut tidak dipedulikan, 
kerana di akhirat nanti kita juga jalani hidup masing-masing
Segala amalan akan dinilai asing-asing.
Saat itu kita terpaksa juga menerima,
bahawa kita tidak boleh mengharapkan siapa-siapa
HANYA DIRI KITA.

Beranilah untuk meninggalkan kenangan,
Jangan takut untuk melupakan,
Kita mungkin telah kehilangan sesuatu,
tetapi kita pasti akan mendapat sesuatu
yang lebih baik daripada itu.

Sahabat-sahabatku yang baik, ambillah sedikit masa untuk muhasabah diri.
Buka minda kita. Tutup aurat. Saya juga masih dalam usaha memperbaiki diri. Hingga ke saat ini masih terus memujuk hati untuk ikuti sahaja apa mahu-Nya.Buatlah apa yang Allah suka meski hati kita tidak gembira. Jangan sibuk menunggu ikhlas, akhirnya kita terus bermalas-malasan. Tahu-tahu sudah putus nafas.

Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya.


(Al-Ankabut 29:69)


No comments:

Post a Comment