Monday, 1 December 2014

Mujahadah itu indah


Mujahadah itu bukanlah bemakna engkau cuba sekali dan berjaya,
Mungkin engkau akan jatuh dan cuba bangun,
Jatuh lagi dan lagi.

Muhasabah diri,
ke arah mana engkau sedang langkahkan kaki?
ke arah syurga yang dipagari
perkara-perkara yang engkau benci?
atau ke arah neraka yang dihias
perkara-perkara yang engkau sukai?

Ingat mati,
Tundukkan hati,
Insafi diri.

Sahabat-sahabatku, dalam pepatah Inggeris , there will come a time when you believe everything is finished. That will be the beginning. Ya , ibarat membaca buku. Setiap berakhirnya satu kisah, maka bermulalah bab kehidupan yang baru. Jadi andai ketika ini, kita sedang bersedih hati, bertabahlah buat seketika. Pujuklah hati untuk percaya bahawa setiap aturan Allah pasti ada hikmahnya. Yakin pada ketentuan-Nya.

Salam kasih .

Jangan terpedaya dengan Dunia

Di mana silapnya??


Kenapa hari-hariku semakin menburuk dari hari sebelumnya?
Gelap pekatkah hati ini dengan dosa-dosa sehingga aku sudah tidak mampu melihat cahaya?

Barangkali itulah punca rasa keterasingan ini. Terasing daripada hidayah Allah. Terasing daripada sifat mahmudah.

Bermuhasabahlah. Lihatlah kembali ke dalam diri dan carilah apa yang masih kurang. Zikirmu? Solatmu? Kepatuhanmu? Carilah pula apa yang terlebih. Kecintaanmu kepada dunia? Kesukaanmu pada pujian manusia? Beristighfarlah.

Dunia ini adalah hiasan dan penuh dengan tipu daya syaitan dan perasaan. Bermuhasabahlah kerana dengan muhasabah sahaja kau dapat merancang pelan mujahadah. Dengan mujahadah sahaja kau boleh terselamat daripada tipu daya D.U.N.I.A....

Kematian itu dekat

"Yang jauh itu MASA, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH dan yang indah itu SOLAT."


Mati itu pasti

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”

surah al-A’raaf ayat 34



“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

surah Ali Imran ayat 145

 ”Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).”

surah Az-Zumar ayat 30

 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”

(surah Al-Jumu’ah: 8)

Tepuk dada, tanya iman.

Jangan perasan bagus !


Sentap hati. Ya.. benar. Dalam hidup, jangan sesekali kita merasa diri lebih baik dari rang lain.Orang yang bagus hari ini belum tentu dai bagus pada esok hari. Semua orang berpotensi membuat kesilapan. Tiada yang sempurna. Jadi, belajarlah bersabar dan bertolak ansur dengan kelemahan orang lain. TEGUR SECARA BERHIKMAH.

Sahabat-sahabatku yang baik, jangan pandang dosa orang lain seolah-olah kita tahu mereka akan ke neraka. Dan jangan pandang  kebaikan kita seolah-olah kita yakin kita akan ke syurga.

Wahai orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain , sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik daripada mereka yang menghina .. (Al-Hujurat 49:11)


Mulianya kedudukan seorang wanita dalam Islam

Surah An-Nisa Menjelaskan Kemuliaan Seorang Wanita..



Mulianya seorang wanita sehingga ‘syurga itu diletakkan di bawah telapak kaki ibu’. Islam telah memberikan wanita satu kedudukan yang paling mulia berbanding mana-mana agama mahupun bangsa lain. Jika anda inginkan penjelasan lanjut mengenai hukum hakam berkaitan wanita, beberapa ayat yang terkandung di dalam surah An-Nisa ada jawapannya..


Wanita diciptakan dari tulang rusuk laki-laki.

“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu.  Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.” (Surah An-Nisa`: 1)


Dalam ayat ini dinyatakan bahawa daripada jiwa yang satu, Allah SWT menciptakan pasangannya. Qatadah dan Mujahid mengatakan bahawa yang dimaksud jiwa yang satu adalah Nabi Adam. Sedangkan pasangannya adalah Hawa. Qatadah mengatakan Hawa diciptakan dari tulang rusuk Adam. (Tafsir Ath-Thabari, 3/565, 566)


Dalam hadis sahih pula menyebut:  “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Apabila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang- senang namun padanya ada kebengkokan.” (Riwayat  Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)



 Hak memperoleh mahar dalam pernikahan.

Allah SWT telah berfirman:

“Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebahagian daripada mahar tersebut dengan rela hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik.” (An-Nisa`: 4)



Hak perempuan yatim dipelihara.


Allah SWT berfirman:

“Dan jika kalian khuatir tidak akan dapat berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (bila mana kalian menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita lain yang kalian senangi: dua, tiga, atau empat. Kemudian jika kalian khuatir tidak dapat berlaku adil maka nikahilah seorang wanita sahaja atau budak-budak perempuan yang kalian miliki. Yang demikian itu lebih dekat untuk kalian dan tidak berlaku aniaya.” (Surah An-Nisa`: 3)



Urwah bin Az-Zubair pernah bertanya kepada Aisyah  tentang firman Allah SWT: maka Aisyah menjawab, “Wahai anak saudariku. Perempuan yatim tersebut berada dalam asuhan walinya yang turut bersyarikat dalam harta walinya, dan pihak wali ini ternyata tertarik dengan kecantikan anak  yatim kerana berikut hartanya. Maka  wali ingin menikahinya tanpa berlaku adil dalam pemberian mahar sebagaimana mahar yang diberikannya kepada wanita lain yang ingin dinikahinya. Para wali pun dilarang menikahi perempuan-perempuan yatim kecuali jika  mereka mahu berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim serta memberinya mahar yang sesuai dengan yang biasa diberikan kepada wanita lain. Para wali kemudian diperintah untuk menikahi wanita-wanita lain yang mereka senangi.”



Suami diperintah untuk berlaku baik pada isterinya.


Allah SWT telah berfirman:

“Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.” (An-Nisa`: 19)

Al-Hafizh Ibnu Katsir  ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Halusi ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perbaiki perbuatan serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila dia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama. Allah SWT berfirman dalam hal ini:



“Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.”(Surah Al-Baqarah: 228)



Sementara itu Rasulullah s.a.w  sendiri telah bersabda:

“Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)ku.”(Tafsir Al-Qur`anil ‘Azhim, 2/173)


Ketahuilah si dara semua, sebagai seorang wanita, anda telah dicipta untuk menjadi seorang makhluk yang mulia dan istimewa. Namun, janganlah anda  kotori kemuliaan itu dengan akhlak yang bertentangan dengan ajaran yang telah digariskan agama. Bersamalah kita mendidik diri menjadi yang terbaik dari masa ke masa. InsyaAllah.


Dear muslimah, mahalkan diri kamu. Jaga kehormatan diri.

Ikhlaskan hati kerana Allah

Hanya kerana Dia..



"Susahnya hendak ikhlaskan hati untuk buat semua perkara kerana Allah"

itulah ungkapan yang sering meniti bibir kita tatkala ingin melakukan sesuatu.

Sahabat-sahabatku yang baik, sebenarnya kita boleh membuat semua perkara kerana Allah. Segala niat kita jangan sekadar terhenti kepada manusia. Jangan terhenti kerana sesiapa. Semua perkara yang baik, tujuan akhirnya boleh disandarkan kepada Allah. Jadikan Allah sebagai matlamat tertinggi kita.

Percayalah, kita boleh cuba mengikhlaskan hati kita kerana Allah. Kita cuma perlu jelas dalam mengatur jalan-jalan niatnya. Jangan kerana sibuk menjaga ikhlas, kita akhirnya terkandas. Jangan kerana sibuk menjaga niat, akhirnya satu kebaikan pun kita tidak dapat buat. Teruskan berbuat kebaikan kerana Allah . Hanya kerana Dia. Boleh sebenarnya..


Dan sebenarnya siapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang dia ialah orang yang berbuat kebaikan, maka sesunggguhnya dia telah berpegang pada tali yang kukuh. Dan hanya kepada Allah lah kesudahan segala sesuatu. (Luqman 31:22)


Belajar Daripada Kesilapan




Kalau kita masih tidak mahu belajar daripada kesilapan,
Kalau kita masih belum mendapat pengajaran,
Kalau kita masih berdegil dan tega melayan kemahuan,
Maka Allah menguji kita lagi,
dengan ujian yang sama hingga berkali-kali,
Sehingga kita penat dan bosan,
sehingga akhirnya kita benar-benar mengerti .

Kalau banyak masa terbazir dengan masalah yang sama,
Kita akan terus berada di takuk yang lama,
itulah kerugian yang terpaksa kita tanggung,
Terpaksa melalui ujian yang sama untuk diharung.

Kalau masih tidak mampu belajar daripada kesilapan,
Sampai bila pun kita tidak akan ke depan,
Sebab itu ,
Berusahalah untuk menjadi Muslim yang sejati,
Muslim sejati tidak akan dipatuk ular ,
di lubang yang sama sehingga kali kedua.

Sentiasa muhasabah diri.


Tegurlah kerana Allah...




Kata Nabi s.a.w, agama ialah nasihat. Begitulah al-Quran mengajar kita. serulah kepada kebaikan dan cegahlah kemungkaran.
Jangan bersedih kalau orangtidak terima nasihat kita. Kadang-kadang Allah masih mahu mengangguhkan hidayah buatnya. Tidak mengapa. Memberi hidayah itu kerja Allah. Yang penting kita sudah buat kerja kita.

Sahabat-sahabatku yang baik, kalaua nasihat kita diterima, kita beroleh pahala kerana menyampaikannya.Sebaliknya kalau nasihat kita ditolak, jangan pula mudah berdukacita. Sebenarnya, Allah memberi kita peluang beroleh pahala yang berganda. Pertama, pahala menyampaikan. Kedua, pahala bersabar atas penolakan.
Jadi, sabar ya...

Janji Allah itu pasti.


Maka sabar itu indah ..Lihatlah dari sisi cahaya..

Allah bersama kita..



Semua orang ada masalah,
Setiap hari ada sahaja ujian perlu diredah,
Sebenarnya bukan masalah itu yang menjadi masalah,
Cara kita berfikir yang perlu sedikit muhasabah.

Ada orang diuji masalah besar,
Namun masih mampu tersenyum lebar,
Ada orang diuji masalah yang biasa-biasa sahaja,
Namun mulut merungut tidak mengira masa.

Tengoklah ke dalam diri, kita dari kelompok yang mana?
Yang mengharungi hidup dengan tenang,
dan melihat setiap sisi cahaya,
atau yang terkurung dengan persepsi malang,
seolah-olah sentiasa menjadi mangsa??




Sahabat-sahabatku yang baik, barangkali pada suatu ketika kita diuji dengan rasa kecewa. Tabahlah. Sedar. Inilah yang dinamakan ujian. Jangan pedulikan kata-kata negatif. Jangan terlalu sensitif. Allah sebenarnya mehu menguji dan memberikan limpahan pahala yang berganda-ganda atas kesabaran menempuh halangan yang sengaja didtangkan oleh-Nya. Yakin, Jangan mudah putus asa.



Jangan takut untuk berubah..

Jangan takut..

Jangan takut untuk berubah menjadi lebih baik,
Jangan takut ditertawakan kerana syurga menanti.

Jangan takut untuk berhijrah ke tempat yang asing,
jangan takut tidak dipedulikan, 
kerana di akhirat nanti kita juga jalani hidup masing-masing
Segala amalan akan dinilai asing-asing.
Saat itu kita terpaksa juga menerima,
bahawa kita tidak boleh mengharapkan siapa-siapa
HANYA DIRI KITA.

Beranilah untuk meninggalkan kenangan,
Jangan takut untuk melupakan,
Kita mungkin telah kehilangan sesuatu,
tetapi kita pasti akan mendapat sesuatu
yang lebih baik daripada itu.

Sahabat-sahabatku yang baik, ambillah sedikit masa untuk muhasabah diri.
Buka minda kita. Tutup aurat. Saya juga masih dalam usaha memperbaiki diri. Hingga ke saat ini masih terus memujuk hati untuk ikuti sahaja apa mahu-Nya.Buatlah apa yang Allah suka meski hati kita tidak gembira. Jangan sibuk menunggu ikhlas, akhirnya kita terus bermalas-malasan. Tahu-tahu sudah putus nafas.

Orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah, bersama orang yang berusaha membaiki amalannya.


(Al-Ankabut 29:69)


Tujuh Garis Panduan Pakaian Muslimah Di Hadapan Bukan Mahram

Peliharalah Aurat....



Pertama- Pakaian yang menutupi keseluruhan tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan.
 Ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang telah disebutkan.

Kedua- Pakaian tersebut bukanlah perhiasan yang melampau, atau bertabarruj sehingga menarik perhatian.Bertabarruj boleh difahami secara umum sebagai memperlihatkan kecantikan wanita sama ada di bahagian muka atau lain-lain perhiasan pada pakaian dan bahagian tubuh badan. Ini termasuk solekan yang tebal selain bedak, celak dan inai yang biasa dipakai oleh wanita.

Ketiga- Pakaian tersebut tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau membayangkan anggota tubuh.

Keempat- Pakaian tersebut hendaklah longgar, tidak ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah yang mengundang syahwat.Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya, (salah satunya ialah) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R Muslim)
Kelima- Tidak memakai wangian yang harumnya boleh dihidu oleh lelaki ajnabi.
Nabi s.a.w telah mengingatkan kaum wanita dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Mana-mana wanita yang berwangi-wangian dan kemudiannya lalu di kalangan khalayak lelaki yang menghidu harumannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang tertarik lalu memandangnya adalah mata yang berzina.” (H.R Abu Daud, At-Tirmizi: Hasan Sahih)

Keenam- Tidak menyerupai pakaian lelaki
Allah S.W.T melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875).

Ketujuh- Tidak dipakai untuk tujuan kemasyhuran, glamor atau menunjuk-nunjuk.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang sepertinya, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (H.R Abu Daud: 4029)
Pakaian kemasyhuran tidak hanya tertumpu kepada pakaian yang cantik bergemerlapan sahaja, tetapi juga pakaian yang sengaja diburuk-burukkan dengan tujuan supaya orang ramai mengatakannya seorang yang zuhud.

Dear Muslimah...

Teruslah memberi ...




Berilah dan teruslah memberi ,
jangan difiirkan apa yang akan kita terima sebagai
balasan dan berilah setiap hari,
jangan terjerat dengan tipu daya syaitan yang memperdayakan,
bergembiralah jika Allah memilih kita,
menjadi seorang yang mampu memberi,
kerana menjadi seorang yang hanya mampu menerima,
jauh lebih menghinakan.


Jadilah seperti wanita kesayangan Rasulullah,
yang hidupnya sentiasa memberi dan memberi,
biar hingga akhir hayatnya.

Kata Saiditina Khadijah..
"Wahai kekasihku Muhammad,
'setelah aku meninggal dunia, jika tulang-belulangku boleh dijual,
maka juallah tulang-belulangku untuk menegakkan agamamu"

Allahu! Dia benar-benar wanita ahli syurga,
tidak hairanlah jika Allah sendiri telah berkirim salam kepadanya !

Ya.. jujur cemburu dengan keperibadian Saidatina Khadijah yang sanggup bersama Rasulullah dalam memperjuangkan agama. Seorang isteri solehah.. wanita yang setia menjaga dan mencintai Rasulullah sehingga akhir nafasnya. 


Moga kita juga mampu mencontohi keperibadian mulia ini. Dear muslimah, kita juga boleh...




Haura Al-Maqsurah

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil, tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik.”
Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona, tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu. Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan. Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa, tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran.
Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada Tuhannya, dan dia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.
Solehah bukan lah mudah. Namun ia bukanlah mustahil....

Selidik Hati Kita


Apabila rasa marah membara-bara,
tanyalah hati...'marah kepada siapa?'
Marah kepada manusia empunya angkara,
atau pada Pencipta yang mengizinkannya?

Katakanlah pada diri,
siapalah kita untuk marah-marah macam orang lupa diri?
bukankah kita hanya makhluk Allah
yang sentiasa layak diuji?
Bersabarlah sementara menunggu
rasa marah itu kendur sendiri.

Apabila hati berbunga-bunga,
tanyalah hati .. 'seronok apa?'
Ingatkan diri sendiri dan jangan terlupa,
segala berita gembira yang diterima,
yang buat kita berjaya dan ceria,
adalah kerana Dia,
Pencipta kita yang punya kuasa.

Selalu selidik hati kita, sahabat.
Bimbang andai hilang haluan,
apabila sedih mencari Tuhan,
apabila gembira lupa daratan.

Ingatlah Allah sentiasa,
tanpa Dia siapalah kita.



Setulus Nawaitu

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Saya mulakan penulisan ini dengan rasa rendah diri dan sedar pada kelemahan diri. Betapa sebagai seorang hamba, saya mengetahui bahawa saya juga sebenarnya sangat lemah dalam mengawal emosi dan memujuk hati. Namun kelemahan bukan alasan kerana ia adalah fitrah setiap insan. Allah ada untuk kita sentiasa meminta dan memohon kekuatan.

Benar. Tidak layak rasanya saya menitipkan sesuatu seperti ini. namun sabda baginda S.A.W ..'sampaikanlah ilmu meskipun sebaris cuma'. Maka atas kesedaran, saya bermujahadah untuk terus menyebarkan kebaikan dan saling berpesan-pesan. Barangkali dengan secebis peringatan ini bakal berguna buat seorang dua yang membacanya. .

In shaa Allah.