Monday, 1 December 2014

Mujahadah itu indah


Mujahadah itu bukanlah bemakna engkau cuba sekali dan berjaya,
Mungkin engkau akan jatuh dan cuba bangun,
Jatuh lagi dan lagi.

Muhasabah diri,
ke arah mana engkau sedang langkahkan kaki?
ke arah syurga yang dipagari
perkara-perkara yang engkau benci?
atau ke arah neraka yang dihias
perkara-perkara yang engkau sukai?

Ingat mati,
Tundukkan hati,
Insafi diri.

Sahabat-sahabatku, dalam pepatah Inggeris , there will come a time when you believe everything is finished. That will be the beginning. Ya , ibarat membaca buku. Setiap berakhirnya satu kisah, maka bermulalah bab kehidupan yang baru. Jadi andai ketika ini, kita sedang bersedih hati, bertabahlah buat seketika. Pujuklah hati untuk percaya bahawa setiap aturan Allah pasti ada hikmahnya. Yakin pada ketentuan-Nya.

Salam kasih .

Jangan terpedaya dengan Dunia

Di mana silapnya??


Kenapa hari-hariku semakin menburuk dari hari sebelumnya?
Gelap pekatkah hati ini dengan dosa-dosa sehingga aku sudah tidak mampu melihat cahaya?

Barangkali itulah punca rasa keterasingan ini. Terasing daripada hidayah Allah. Terasing daripada sifat mahmudah.

Bermuhasabahlah. Lihatlah kembali ke dalam diri dan carilah apa yang masih kurang. Zikirmu? Solatmu? Kepatuhanmu? Carilah pula apa yang terlebih. Kecintaanmu kepada dunia? Kesukaanmu pada pujian manusia? Beristighfarlah.

Dunia ini adalah hiasan dan penuh dengan tipu daya syaitan dan perasaan. Bermuhasabahlah kerana dengan muhasabah sahaja kau dapat merancang pelan mujahadah. Dengan mujahadah sahaja kau boleh terselamat daripada tipu daya D.U.N.I.A....

Kematian itu dekat

"Yang jauh itu MASA, yang dekat itu MATI, yang besar itu NAFSU, yang berat itu AMANAH dan yang indah itu SOLAT."


Mati itu pasti

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ

“Tiap-tiap yg mempunyai jiwa akan merasakan kematian.”

surah al-A’raaf ayat 34



“Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, niscaya Kami berikan kepadanya pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan (pula) kepadanya pahala akhirat. Dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”

surah Ali Imran ayat 145

 ”Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).”

surah Az-Zumar ayat 30

 “Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).”

(surah Al-Jumu’ah: 8)

Tepuk dada, tanya iman.

Jangan perasan bagus !


Sentap hati. Ya.. benar. Dalam hidup, jangan sesekali kita merasa diri lebih baik dari rang lain.Orang yang bagus hari ini belum tentu dai bagus pada esok hari. Semua orang berpotensi membuat kesilapan. Tiada yang sempurna. Jadi, belajarlah bersabar dan bertolak ansur dengan kelemahan orang lain. TEGUR SECARA BERHIKMAH.

Sahabat-sahabatku yang baik, jangan pandang dosa orang lain seolah-olah kita tahu mereka akan ke neraka. Dan jangan pandang  kebaikan kita seolah-olah kita yakin kita akan ke syurga.

Wahai orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain , sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik daripada yang menghina. Dan jangan pula kaum perempuan menghina perempuan yang lain, barangkali mereka yang dihina itu lebih baik daripada mereka yang menghina .. (Al-Hujurat 49:11)